0 item(s)

You have no items in your shopping cart.

Contoh: Asam Pedas atau Damya Hanna.

Product was successfully added to your shopping cart.

Dislokasi Jiwa

Be the first to review this product

Quick Overview

Penulis : Syikin Zauzi
ISBN : 978-967-2018-08-7

Previous

Regular Price: RM 20.00

Special Price RM 17.00

Availability: In stock

15% OFF Diskaun
Previous


Details

Ceritanya bukan sekadar masa sekarang tetapi berkait juga dengan kisah silam seorang lelaki bernama Khalid Yaakop. Sejak kecil dia dibesarkan dalam keadaan emosi yang tidak stabil apabila dirinya menjadi anak paling dibenci ibunya.

Kehidupan Khalid lebih terganggu dengan kematian Saiful, anak kepada seorang jirannya yang bernama Darma. Kematian Saiful disyaki mempunyai kaitan dengan kes penderaan dan diliwat secara kejam oleh teman lelaki Darma. Sejurus selepas kejadian tersebut, Khalid seakan mengalami gangguan dan bisikan yang membuatkan dirinya semakin tertekan dan memberontak.

Selang beberapa bulan sepasang suami isteri (Fatinni dan Marzuki) telah berpindah ke rumah Darma, dan keadaan semakin terganggu apabila Fatinni mengatakan dia turut diganggu dengan bayangan dan suara budak lelaki. Lebih teruk, Fatinni juga seakan cuba menggoda Khalid yang sememangnya telah mempunyai perasaan kepadanya. Dalam diam, Khalid dan Fatinni menjalin hubungan terlarang semasa ketiadaan Marzuki.

Marzuki yang seakan mengetahui hubungan Khalid dan Fatinni akhirnya telah membawa seorang kanak-kanak seusia Saiful bernama Arman untuk mengawasi tindak tanduk isterinya. Konflik semakin kemuncak apabila hubungan Fatini dan Khalid dapat dihidu oleh Salina, isteri Kahlid dan dimaklumkan kepada Marzuki.

Segalanya terbongkar apabila kisah silam Khalid dibuka satu persatu. Fatinni juga mendapat balasan atas kecurangannya terhadap Marzuki. Arman yang dipilih menjadi mata kepada Marzuki juga mengalami nasib sama seperti Saiful. Adakah semuanya sudah terlambat? Dapatkah kematian Saiful dibela? Segalanya bakal terjawab dalam Dislokasi Jiwa, sebuah kisah mengangkat tema penderaan seksual kanak-kanak yang sukar untuk dibayangkan keperitannya.

Product Tags

Use spaces to separate tags. Use single quotes (') for phrases.

  1. Be the first to review this product

Write Your Own Review

Only registered users can write reviews. Please, log in or register

Dapatkan Promosi Terkini

Jom jenguk kami!
Karangkraf Mall

Kumpulan Media Karangkraf,
Lot 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

+603 5101 7480

info.mall@karangkraf.com

Whatsapp Kami

Tiada perbankan online? Jangan risau! Hubungi kami melalui Whatsapp untuk pembelian secara mudah!

019-229 7227

Isnin - Jumaat

9.00pg - 5.00ptg

Copyright Kumpulan Media Karangkraf. All Right Reserved.