0 item(s)

You have no items in your shopping cart.

Contoh: Asam Pedas atau Damya Hanna.

Product was successfully added to your shopping cart.

FAQ

Pendaftaran

 1. Apa itu laman web mall.karangkraf.com?

- mall.karangkraf.com merupakan 'virtual bookstore' yang menawarkan belian secara 'online' bagi novel, buku, majalah & langganan untuk semua produk Kumpulan Media Karangkraf, Alaf21, Buku Prima serta Karya Bestari.

2. Bagaimana saya mahu mendaftarkan diri?

- Sebelum membuat sebarang pilihan buku atau pembelian, ‘click’ butang DAFTAR MASUK. Kemudian anda akan dibawa ke ruangan pendaftaran.

3. Saya berminat dengan produk-produk dalam mall.karangkraf.com. Bagaimana saya hendak membuat pembelian?

- Layari mall.karangkraf.com untuk memilih, membaca sinopsis, membuat perbandingan beberapa judul dan seterusnya membuat pembelian.

4. Saya mahu membeli buku karya penulis A, tetapi tidak ada dalam mall.karangkraf.com. Apa harus saya lakukan?

- Hubungi 03-5101 7480 atau emel info.mall@karangkraf.com untuk bertanyakan tentang karya penulis & buku-buku bakal terbit.

5. Saya ingin membuat pembelian tetapi tidak mahu mendaftar. Boleh ke?

- Tidak boleh. Sebarang transaksi tidak boleh dilakukan sekiranya anda tidak mendaftarkan diri.

 

Pembelian

1. Macam mana saya hendak buat pembayaran di mall.karangkraf.com?

- Pembayaran boleh dilakukan menerusi MOLPay, online banking (maybank2u, CIMB clicks dll) ataupun menggunakan kad kredit.

2. Jika saya ada kad diskaun/baucar buku, bolehkah saya gunakan di mall.karangkraf.com?

- Tidak boleh. Kad diskaun/baucar buku hanya boleh digunakan di outlet Karangkraf Mall, Seksyen 15 Shah Alam sahaja.

3. Apakah cara lain untuk saya buat pembayaran selain daripada bank in duit ke ATM?

- Di mall.karangkraf.com, pembayaran hanya boleh dilakukan menerusi MOLPay, online banking (maybank2u, CIMB clicks dll) ataupun menggunakan kad kredit sahaja.

4. Bolehkan saya bayar menggunakan kad debit atau kad kredit?

- Boleh. mall.karangkraf.com menerima pembelian menerusi kad kredit.

5. Saya mahu membeli dalam jumlah yang banyak (melebihi 100 buah). Adakah saya dapat potongan harga yang lebih?

- Setiap pembelian di dalam mall.karangkraf.com sudah dikenakan diskaun 15%. Tidak akan ada diskaun tambahan jika membeli dalam kuantiti banyak.

 

Penghantaran

1. Kenapa harga Sabah/Sarawak lebih mahal berbanding harga Semenanjung?

- Ini adalah kerana kos penghantaran ke Sabah/Sarawak lebih tinggi berbanding ke seluruh Semenanjung Malaysia.

2. Saya berminat nak beli produk mall.karangkraf.com tetapi tinggal di Singapura. Bolehkah saya membuat pembelian?

- Ya boleh. Sila nyatakan dengan lengkap alamat penerima (Singapura) ketika mengisi ruangan alamat penerima.

3. Berapa lama tempoh yang diperlukan untuk menerima buku yang saya beli?

- Seawal-awalnya 3 (tiga) hari bekerja dan selewat-lewatnya 7 (tujuh) hari bekerja.

4. Apa harus saya lakukan jika tiba-tiba mahu mengubah alamat penghantaran?

- Sila maklumkan kepada kami di 03-5101 7480 atau emel info.mall@karangkraf.com sebelum tempahan anda diproses & dihantar.

5. Adakah kos tambahan sekiranya alamat yang saya bagi jauh di ceruk pedalaman?

- Kos penghantaran telah ditetapkan oleh pihak Karangkraf Mall dan dinyatakan secara jelas sebelum anda membuat pembayaran.

 

Polisi pemulangan

1. Macam mana jika barang yang sampai kepada saya rosak? Adakah saya dapat ganti rugi?

- Ya. Sebarang kerosakan yang berpunca dari Karangkraf Mall akan ditanggung oleh pihak kami. Anda boleh membatalkan tempahan atau refund semula wang.

2. Saya sudah buat pembayaran melebihi seminggu, tetapi barang yang saya pesan belum sampai. Apa yang perlu saya lakukan?

- Sila hubungi 03-5101 7480 atau emelkan kepada kami di info.mall@karangkraf.com sekiranya anda tidak mendapat sebarang makluman dari pihak Karangkraf Mall.

3. Bagaimana hendak buat penukaran jika judul buku yang dapat lain dengan apa yang saya pesan?

- Sila maklumkan kepada kami di 03-5101 7480 atau emelkan kepada kami di info.mall@karangkraf.com.

4. Saya menukar fikiran di saat-saat akhir. Bolehkah saya pulangkan semula buku yang dibeli dan menerima kembali wang saya?

- Tidak boleh. Wang tidak akan dipulangkan sekiranya proses tempahan dan penghantaran telah dibuat.

5. Apakah kelebihan membeli di mall.karangkraf.com?

- Kami menawarkan harga yang lebih murah berbanding pembelian di kedai dan kami menjanjikan jaminan ‘barang akan sampai di rumah’.

Dapatkan Promosi Terkini

Jom jenguk kami!
Karangkraf Mall

Kumpulan Media Karangkraf,
Lot 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

+603 5101 7480

info.mall@karangkraf.com

Whatsapp Kami

Tiada perbankan online? Jangan risau! Hubungi kami melalui Whatsapp untuk pembelian secara mudah!

019-229 7227

Isnin - Jumaat

9.00pg - 5.00ptg

Copyright Kumpulan Media Karangkraf. All Right Reserved.