MENGENAI KUMPULAN KARANGKRAF

Kumpulan Karangkraf memulakan perniagaan dengan membuka sebuah kedai kecil pada tahun 1978. Pengasasnya, Hussamuddin bin Hj. Yaacub mempunyai impian mengolah kertas putih menjadi peluang keemasan. Majalah sulung terbitan kumpulan ini ialah Mingguan Kanak-Kanak, disusuli tabloid mingguan Bacaria, Watan, Media Hiburan dan kemudian Seri Dewi & Keluarga, Remaja dan Nona.

Hari ini, Kumpulan Karangkraf adalah penerbit majalah berbahasa Melayu terbesar di Malaysia dengan 30 tajuk di bawahnya. Sepanjang 30 tahun penglibatan di dalam industri penerbitan, Kumpulan Karangkraf terus berkembang pesat menerusi jumlah jualan dan iklan yang memberangsangkan. Tidak berhenti di situ, Kumpulan Karangkraf mengorak langkah berani di dalam dunia penerbitan akhbar harian yang serba mencabar dengan menerbitkan Sinar Harian. Tidak seperti akhbar harian nasional yang lain, Sinar Harian adalah satu-satunya 100% akhbar daerah (Negeri) di Semenanjung Malaysia.

Alamat kami

Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon:

03-5101-3888

Faks:

03-5101-3601

Emel:

webmaster@karangkraf.com.my

Laman web:

www.karangkraf.com