0 item(s)

You have no items in your shopping cart.

Contoh: Asam Pedas atau Damya Hanna.

Product was successfully added to your shopping cart.

Tombiruo Trilogi (Edisi terhad)

Be the first to review this product

Quick Overview

Tombiruo adalah semangatku. Trilogi ini bersatunya semangatku dalam dunia imaginasi. - Ramlee Awang Murshid

2 Dekad - Novelis thriller no 1 Malaysia Ramlee Awang Murshid bersama Alaf 21.

Kenapa anda perlu memiliki naskhah ini?
1) 'HARD COVER' berserta KOTAK EKSKLUSIF
2) 1024 muka surat, saiz A4 (21cm x 29.7cm)
3) Kompilasi daripada Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir
4) Eksklutif BIOGRAFI RAMLEE AWANG MURSHID
5) NOMBOR SIRI di setiap buku
6) SIJIL PENGESAHAN dengan PILIHAN MENCETAK NAMA di sijil
Previous
RM 399.00

Availability: In stock

* Kotak yang diperlukan

RM 399.00
Previous


Details

Tombiruo dan Hutan Keningau ibarat bersatu nyawa. Penduduk di pedalaman tidak menafikannya namun ramai yang tidak pernah bersua muka. Masyarakat Keningau sangat menggeruninya sebagai Semangat Hutan. Semangat inilah yang mengamuk apabila hutan dicerobohi dengan kejam. Malapetaka berlaku dengan dahsyat.

Tragedi Keningau berlanjutan sehingga mengorbankan Tuan Berham dan anaknya, Salina. Amiruddin berusaha menuntut bela atas kematian mereka. Wan Suraya mencampuri urusan ini untuk mendapatkan berita. Pertelingkahan bertambah runcing. Nasib Tombiruo berubah daripada seorang makhluk hutan berubah menjadi manusia biasa tatkala dibawa ke Kuala Lumpur. Rupa-rupanya…hidup di hutan batu jauh lagi menyinggung berbanding hidup di Hutan Keningau.

Setelah sekian lama, Amaruddin muncul dalam masyarakat yang jauh berbeza dan budaya. Tidak ramai yang mengetahui bahawa dialah sebenarnya Tombiruo terakhir yang jauh dari Hutan Keningau. Sungguh pun demikian, Amaruddin atau Ejim tidak pernah melupakan asal usulnya. Begitu juga dengan Semangat Hutan yang tidak pernah berhenti mengejarnya. Sekali gus mengajaknya pulang menjadi ‘Tombiruo’.

Bagaimanapun Amaruddin sangat menyayangi isteri dan anaknya. Sering kali berasa dirinya berada di antara dua persimpangan. Sungguhpun berusaha melupakan siapa dirinya yang lampau namun Semangat Hutan bukan mudah hendak dikalahkan begitu sahaja.

Namun ada sesuatu yang diselitkan Ramlee Awang Murshid di pengakhiran cerita ini, iaitu Legasi Tombiruo. Kesinambungan dari ketiga-tiga cerita ini untuk titik penentuan ke mana arah tujunya Tombiruo selepas itu. Begitu tragis sekali dengan adegan-adegan dendam, cinta, kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan yang tidak ada penghujungnya.

Konflik-konflik ini akan membawa pembaca menjadi fobia untuk terus membacanya sehingga ke titik penambat. Tanpa memberhentikan pembacaan walaupun seminit. Begitulah garapan setiap novel yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Tidak pernah menghampakan peminat-peminatnya. Semoga terhibur!

Product Tags

Use spaces to separate tags. Use single quotes (') for phrases.

  1. Be the first to review this product

Write Your Own Review

Only registered users can write reviews. Please, log in or register

Dapatkan Promosi Terkini

Jom jenguk kami!
Karangkraf Mall

Kumpulan Media Karangkraf,
Lot 1, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

+603 5101 7480

info.mall@karangkraf.com

Whatsapp Kami

Tiada perbankan online? Jangan risau! Hubungi kami melalui Whatsapp untuk pembelian secara mudah!

019-229 7227

Isnin - Jumaat

9.00pg - 5.00ptg

Copyright Kumpulan Media Karangkraf. All Right Reserved.