Nilai Matawang
Senarai Penerbit
Novelis Pilihan

SAYA mengambil masa yang panjang untuk kembali menulis novel cinta selepas Izinkan Kubahagia. seterusnya..


Cari ikut penerbit
 Alaf 21
ALAF DUA PULUH SATU mula beroperasi pada bulan April 1997 bertempat di Taman Tun Dr. Ismail. Dengan tertubuhnya ALAF DUA PULUH SATU, ia menandakan pihak KUMPULAN KARANGKRAF sebagai syarikat induk mula memfokuskan pada penghasilan buku selain majalah dan akbar. Bermula dengan Biofoto Raihan, ALAF DUA PULUH SATU terus menerbitkan pelbagai buku untuk bacaan umum seperti novel, kitab, wanita dan kreatif.
 Buku Prima
Sebelum ini Buku Prima beroperasi di Jalan Penchala, Petaling Jaya dan kini telah berpindah ke Lot 7 Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor. Antara objektif utama penubuhan Buku Prima adalah memberi peluang kepada penulis-penulis baru yang berbakat agar mengetengahkan hasil karya mereka yang asli dan tidak streotaip. Terdapat lebih kurang 30 orang penulis yang telah berjaya diketengahkan bakat dan karya mereka. Antara penulis yang mula dikenali ialah Shahriah Abdullah, Ramlah Rashid, Wan Normi, (sekadar menyebut beberapa nama). Hasil karya mereka nyata mendapat sambutan yang menggalakkan sejak mula diperkenalkan secara rasmi di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2006. Keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan, hubungi BUKU PRIMA di talian 03- 5510 6636 dan e-mel prima@bukuprima.com.my
 Karangkraf
Dengan jumlah 27 judul, Kumpulan Karangkraf telah diiktiraf sebagai penerbit majalah Bahasa Melayu terbanyak oleh Malaysian Book of Records. Anugerah disampaikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz. Kumpulan Karangkraf terus merancakkan nadi industri penerbitan tanah air. Penubuhan Alaf21 pada April 1997 dan Buku Prima Sdn Bhd pada 2006 memberi ruang kepada penulis dan masyarakat pembaca untuk berkongsi ilmu. Terkini, akhbar Sinar Harian yang diterbitkan sejak 31 Julai 2006 di Kota Bharu, Kelantan menjadi satu lagi bukti kejayaan Kumpulan Karangkraf. Selepas mendapat sambutan di luar dugaan di Kelantan dan Terengganu, Sinar Harian kini berada di Pahang dan kemudiannya ke Selangor.