KarangkrafMall @ FB


Tips membeli online

Pastikan no telefon anda betul dan sah untuk memudahkan lagi proses penghantaran..


Ingin mendapatkan buku-buku dan novel-novel terkini melalui offline?Hanya klik link di bawah dan dapatkan borang yang dikehendaki.



Home > Products > Buku Agama > Khas > KEMBARA MENCARI TUHAN
KEMBARA MENCARI TUHAN
enlarge

KEMBARA MENCARI TUHAN

MYR   11.00
Item details
Weight: 0 kg, 238 grams
Stock: Available
Add To Cart
Add to del.icio.us

HIDUP kita ini penuh pengembaraan. Tidak kira apa yang dicari, cuma satu yang pasti... kebenaran mesti mendahului tanpa kompromi! Kita sendiri masih mencari-cari Islam di dalam diri... sering tertanya-tanya sedangkan ALLAH sudah sediakan jawapannya sejak sekian lama. Kita sering tertanya, apa perlunya kita kepada TUHAN? Mengapa pula kita disuruh beribadat serta mentaati-NYA sedangkan kita sendiri masih terpinga-pinga tentang keperluannya?

 

Kita tertanya lagi... mengapa kita perlu kepada agama? Mengapa kita mesti taat kepada agama? Malah, kadang-kadang tertanya juga... wujudkah TUHAN? Persoalan sebeginilah yang mengasak hati dan minda hingga adakala menyebabkan kita tersadung di pertengahan jalan. Sejak berlangsungnya sejarah manusia sebermula pada zaman Nabi Adam, kita ini sebenarnya tidak pernah putus asa untuk mencari  al-Khaliq. Menggali apa sahaja ilmu tentang-NYA... tetapi tidak semua mampu memberi kejelasan pada akal.

 

Justeru, naskhah Kembara Mencari TUHAN ini mengajak kita berfikir secara logik akal dan wahyu tentang perlunya kita kepada Yang Maha Esa. Tentang... betapa bertuahnya kita menjadi hamba-NYA.

 

KANDUNGAN MENARIK

 

• Kembara Iman Seorang Insan

• Sejarah Manusia dan TUHAN

• Apa Erti Saya Seorang Mukmin?

• Iman dan Jati Diri Seorang Muslim

• Al-Quran dan Perbandingan Agama

• Islam dan Konsep Pluralisme

• Kesatuan yang Dibenarkan Dalam Islam

• Tuntutan Mengabdikan Diri Kepada-NYA

• Al-Quran Membicarakan Tentang TUHAN

• Mengapa Manusia Memerlukan TUHAN?