KarangkrafMall @ FB


Tips membeli online

Pastikan no telefon anda betul dan sah untuk memudahkan lagi proses penghantaran..


Ingin mendapatkan buku-buku dan novel-novel terkini melalui offline?Hanya klik link di bawah dan dapatkan borang yang dikehendaki.



Home > Products > Novel > Cinta > Kasih Bersulam Cinta
Kasih Bersulam Cinta
enlarge

Kasih Bersulam Cinta

MYR   17.00   14.45
Item details
Weight: 0 kg, 359 grams
Stock: Available
Add To Cart
Add to del.icio.us
Kasih Bersulam Cinta
Rozita Abd. Wahab

Sinopsis
Macam orang angau. Kalau aku yang angau lainlah. Dah dua minggu aku tak jumpa tunang aku." Terdiam Anis Razikin seketika. Angau. Perkataan itu yang disebut oleh Norma. Aku angau? Hah... biar betul!

Dia tidak pernah bercinta, tentulah dia tidak tahu bagaimana rasanya bercinta. Kata Norma, "Kau belum rasa... kalau kau dah masuk dalam dunia cinta, baru kau tahu penangannya." Dia dan Hakim dipertemukan dalam keadaan yang tidak memihak kepada mereka. Lalu, ikatan itu terjalin tanpa perasaan... tanpa cinta. Bagaimana rasanya rindu pada seseorang yang disayangi? Dia tidak tahu, tapi apa yang pasti setiap kali mengingati Hakim... dadanya terasa sesak, jantungnya berubah irama. Acap kali Hakim mengucapkan kata rindu, namun apakah dia juga begitu?
Tetapi, kalau bukan angin rindu, kenapa dia begitu kepingin mendengar suara Hakim? Mulut memang sering menafi kan, tapi hati tak pernah mahu berkompromi. Hah... dalam diam, dia sudah pandai menjadi perindu! Kerana rindu... bunga-bunga kasih berkembang di hatinya, lalu tercipta suatu perasaan indah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini, rasa istimewa hanya untuk si dia... CINTA.