KarangkrafMall @ FB


Tips membeli online

Pastikan no telefon anda betul dan sah untuk memudahkan lagi proses penghantaran..


Ingin mendapatkan buku-buku dan novel-novel terkini melalui offline?Hanya klik link di bawah dan dapatkan borang yang dikehendaki.



Home > Products > Novel > Cinta/Remaja > INGIN BERKASIH LAGI
INGIN BERKASIH LAGI
enlarge

INGIN BERKASIH LAGI

MYR   25.00   21.25
Item details
Weight: 0 kg, 496 grams
Stock: Available
Add To Cart
Add to del.icio.us

Sinopsis: Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

 

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya.  Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.

 

Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.