More information on product
Home >Products >Bacaan Umum >Travelog >Ulu Yam Di Liverpool
Ulu Yam Di Liverpool
enlarge

Ulu Yam Di Liverpool


Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM  19.90  16.92  
Item details
SKU: 978-983-124-900-0
Weight: 550 grams
Stock: Stock available
Manufacturer: ALAF 21

Sinopsis
Dalam hidup ini, manusia yang berjiwa besar akan mengatur satu per satu impian yang mereka inginkan. Bukan mudah untuk mengejar setiap impian. Terlalu banyak rintangan dan dugaan yang menunggu di luar sana. Salah satunya adalah 'pencuri impian'. Kata mereka, "Aku dah selalu sangat tengok orang ada impian yang diorang kata luar kotak macam kau ni ha. Apa yang kau nak capai ni bukan fikir luar kotak, tapi langsung tak pakai otak!"

Pencuri-pencuri impian ini akan sentiasa memandang sebelah mata akan kebolehan anda. Sering menyindir dan memandang sinis setiap usaha baik anda. Tujuannya supaya anda terus jatuh dan tidak bangkit-bangkit lagi.

Jadi, kenapa cepat mengalah? Positifkan diri, dan pandang terus ke hadapan.
"Untuk menjadi insan luar biasa, kita kena fikir cara luar biasa. Kita kena buat perkara luar biasa, perkara yang orang biasa tak buat." - Nazali Noor.

Buku ULU YAM DI LIVERPOOL - membuktikan bahawa impian mampu menjadi kenyataan, bukan sekadar angan-angan Mat Jenin. Dulu anak Melayu ini di Ulu Yam, sekarang mencipta nama di Liverpool. Bacalah dari hati kerana ini cerita kita. Cerita saya, cerita anda, anda dan anda. Cerita untuk dikongsi bersama.

Versi Digital