More information on product
Home >Products >Buku Kraf >Siri Variasi >Tanaman Hiasan
Tanaman Hiasan
enlarge

Tanaman Hiasan

| Add to Compare
RM  21.00  15.75  
Item details
SKU: 983-124-189-4
Weight: 539 grams
Stock: Stock available
Manufacturer: ALAF 21
Impikan taman kreatif anda sendiri? Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu cara untuk mencantikkan halaman rumah yang terbiar kosong. Pasti anda cemburu tatkala terpandangkan taman yang dihias cantik di rumah rakan anda! Jangan bimbang... anda pasti berjaya merealisasikan impian dengan bimbingan Pakar Hortikultur, Abu Bakar Mat Daud. VARIASI TANAMAN HIASAN membantu anda mengenali asas-asas dan keperluan tanaman sebelum memulakan langkah-langkah menggubah taman anda sendiri. Sebagai permulaan, buku ini mampu memenuhi citarasa anda. Dilengkapi dengan gambar-gambar yang berwarna-warni, VARIASI TANAMAN HIASAN ini juga membantu anda mengenali pelbagai spesies tanaman yang cantik dan boleh dijadikan hiasan. Setiap spesies dilengkapi dengan keperluan tanaman berserta cara penanamannya. Sebagai bonus, buku ini turut memaparkan beberapa tips yang berguna sebagai rujukan! Cukup berinformatif. Khas untuk anda yang gemarkan kekemasan dan keceriaan halaman rumah, VARIASI TANAMAN HIASAN cukup sesuai sebagai panduan. Tidak perlu lagi bantuan daripada pakar untuk menghiasi halaman rumah anda! Dan pastinya ia lebih menjimatkan jika anda mempelajari semuanya sendiri. Hasilnya... sudah tentu jauh lebih memuaskan!