KarangkrafMall @ FB


Tips membeli online

Pastikan no telefon anda betul dan sah untuk memudahkan lagi proses penghantaran..


Ingin mendapatkan buku-buku dan novel-novel terkini melalui offline?Hanya klik link di bawah dan dapatkan borang yang dikehendaki.



Home > Products > Bacaan Umum > Siri Motivasi > ACUAN MINDA
ACUAN MINDA
enlarge

ACUAN MINDA

MYR   10.00   8.50
Item details
Weight: 0 kg, 300 grams
Stock: Available
Add To Cart
Add to del.icio.us
Al-Quran dan sunnah terkandung sumber ilmu. Apabila pemikiran manusia yang terbatas dipandu oleh ilmu dari ALLAH dan Rasul, ia bakal memberi suluh pemikiran dan cahaya hidup. Dalam kitab suci al-Quran ada menyatakan bahawa orang yang berilmu adalah tidak sama dengan yang tidak berilmu. Malah, Rasulullah s.a.w memberikan asas bahawa keperluan hidup di dunia memerlukan ilmu dan kehidupan di akhirat juga memerlukan ilmu.

Modal insan yang dibangunkan adalah asas yang membawa kepada perubahan. Ilmu yang memperkasa modal insan bakal melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Tunjang kepada pembangunan modal insan ialah ilmu yang integratif. Ilmu mengurus diri dan mengurus sistem adalah amat penting sebagai landasan membangunkan negara dan bangsa. Penerapan nilai-nilai Islamisasi adalah amat penting dalam merealisasikan matlamat menjana kualiti modal insan mengikut acuan kita sendiri.